Ditahan 2 imigresen dalam masa 3 hari😧



pada 1/2/2018 saya telah bertolak ke Tokyo, JapanπŸ‡―πŸ‡΅ dari Incheon, South Korea.

setibanya saya di Narita airport, sebelum keluar ke pintu terakhir melepasi pihak imigresen airport, saya telah ditahan dan dipanggil untuk disoal siasat di bilik khas, saya agak terkejut dan hati berdebar-debar. 
saya bertanya kepada pihak imigresen,
" kenapa saya ditahan? "
dia jawab " beg awak terlalu ringan " πŸ˜‚ ( hahaha, aku ketawa )

Pak cik imigresen Jepun tu sangatlah peramahπŸ‘Œ,
kami berbual panjang dalam bilik tersebut sambil disoal siasatπŸ˜„ dan saya dibebaskan✌️✌️

pada 3/2/2018, saya ke Narita Airport untuk pulang ke Korea.
selepas turun train dari Asakusa ke Airport saya lihat ada 2 security berdiri di pintu masuk airport tersebut, apa yang saya kagum dengan mereka, mereka mengucapkan " arigato(terima kasih) " kepada semua orang yang melepasi nya.

apabila tiba giliran saya untuk melepasi mereka, saya sempat memberi senyuman kepada mereka tanda " arigato " saya pada mereka yang tak putus-putus mengucapkannya dan mereka juga membalas senyuman πŸ˜Š✌️

pada 3/2/2018 tibanya saya di Incheon AirportπŸ‡°πŸ‡·

giliran pihak imigresen Korea pula menahan saya dan dibawa ke pejabat bersebelahan kaunter imigresen,
saya ditanya atas urusan apa ke sini, saya menjawab " pencak silat ", lalu pegawai tersebut terkejut dan bertanya " apakah pencak silat? " maka bercerita la saya pasal silat kepada pegawai tersebut dari A - ZπŸ˜…πŸ˜‚

selepas selesai bercerita, saya bagi no phone boss( korean ) saya untuk beliau berhubung dan menjelaskan lagi lebih terperinci tujuan saya ke Korea, dan alhamdulillah sekali lagi saya selamat dibebaskan πŸ˜Š

jadi untuk peringatan semua, ini adalah satu risiko bila anda travel sorang-sorang πŸ˜Š✌️

sekian,
Zaidi Ismail
Gongju City, South Korea πŸ‡°πŸ‡·

Comments

Popular posts from this blog

Luahan Hati Wartawan TV3 Mohd Izwan Azir

AES Malaysia vs Korea

Trafik di Jakarta