Tahniah Abg Mie..
photo : Alif Muhamad
Hari ini aku dapat berita yang semalam Abg Mie dinobatkan sebagai Anugerah Jurulatih Terbaik di Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2017.
Bagi aku, dia memang layak untuk terima anugerah tersebut kerana dia bukan sahaja melahirkan atlet yang bagus, malah beliau juga melahirkan jurulatih-jurulatih yang bagus.
Jasa Abg Mie kepada aku sangat banyak, dari mula-mula aku mewakili Terengganu pada 2007, Beliau mengambil aku di Sekolah aku dan dibawa ke Kejohanan Silat Pusat Latihan Negeri(PLN) di Kuantan Parade. Itulah kali pertama aku kenal Abg Mie dan juga kali pertama aku mewakili Negeri. Tahun demi tahun berlatih dibawahnya aku berjaya mengekalkan pingat Emas untuk Terengganu bagi Sukan Malaysia (Sukma) 2010 & 2012.
Dan hari ini, aku ingin berterima kasih kepada beliau kerana tanpa beliau aku tidak mungkin dapat mengajar Silat di Korea. Beliau banyak memberi aku peluang untuk menjadi jurulatih pasukan remaja Terengganu dari umur aku 18 tahun. Dengan peluang dan pengalaman yang diberi, aku berjanji akan manfaatkan sebaik mungkin. Terima Kasih Abg Mie.
Zaidi Ismail,
Coach South Korea Pencak Silat.

Comments
Post a Comment