AGONG MELENGAHKAN MASA?

Dalam kes ni, Agong bukan sahaja bijak tetapi cukup peka.

Bila PH menang simple majority, Agong panggil Wan Azizah datang menghadap.

Kenapa Wan Azizah bukan Mahathir?

Sebab dalam PH, PKR merupakan pemenang kerusi terbesar dengan 49 bijik.

Wan Azizah menerangkan kepada Agong yang seluruh PH menyokong Tun M sebagai PM walaupun PPBM kerusinya sikit dalam PH.

Agong yang mengambil langkah berhati-hati, meminta bukti yang Tun M mendapat sokongan penuh semua ahli parlimen PH.

Itu sebab PH bikin surat dan kumpul signatures kesemua ahli Dewan Parlimen menunjukkan sokongan simple majority (PH) terhadap Tun M.

Bila surat-surat itu dihantar ke Agong dan Agong berpuashati, barulah Tun M dilantik menjadi PM Malaysia ke-7.

Takde kena mengena dengan Agong sengaja lengah, Agong tak suka Tun M, Agong tali barut BN, Agong tak reti etc.

Kredit Imran Skarface

Comments

Popular posts from this blog

Luahan Hati Wartawan TV3 Mohd Izwan Azir

AES Malaysia vs Korea

Trafik di Jakarta