Kenapa aku merasa bangga bila Pengulas Bola di Korea menyebut Ramadhan (Mo Salah)?

1. Di Korea komuniti Muslim hanya lah 2%, jadi satu kebanggaan buat aku bila pengulas tersebut menyebut Ramadhan ketika live malam tu yang ditonton jutaan Non Muslim di korea, bagi aku itu salah satu mesej untuk memberi tahu non Muslim tentang Islam. Dari mana pengulas tersebut dapat sumber tentang Ramadhan? yang aku pasti sebelum pengulas bola memulakan kerja, dia akan buat sedikit research pasal player2 yang ada termasuk la Mo Salah yang kini sebaris dengan C.Ronaldo dan L.Messi.

2. Majoriti orang disini tak tahu yang Islam ini bukan IS, mana aku tahu? Boss aku, selepas keputusan PRU bru2 ni, PAS dapat rampas kembali Terengganu, jadi kawan aku buat keluar bendera Terengganu untuk bergambar disini,

bos aku cakap,

" jangan, nanti polis tangkap ", gila tak terkejut aku dengar.

aku tanya boss, kenapa?
dia jawab

" tu bendera IS(sebab colour hitam 😂) "

jadi masa tu la aku bagitahu boss yang Islam itu bukan IS dan IS itu egent kepada Amerika untuk memburukkan Islam,

boss aku jawab " oooo "

3. aku bagi tahu boss yang esok Ramadhan, tak boleh makan dan minum dri pukul sekian ke sekian. Esok kan hari bersamaan 1 Ramadhan, boss aku beli aiskrim suruh makan, dia cakap takpa aiskrim😅😂.

jadi point aku ialah masih ramai lagi yang tak tahu pasal Islam kat dunia ini, sama2 lah kita berkongsi tentang Islam kepada mereka, dengan izin dan hidayah Allah mana tahu dia tertarik dengan Islam.

sebab tu aku berasa bangga bila non Muslim bercakap tentang Islam, macam juga Anugerah puskas award yang Faiz Subri menang dulu. satu dunia tahu yang beliau dari Malaysia, bangga tak kita? gila tak bangga..itu yang aku rasa👌

Zaidi Ismail
Gongju, South Korea 🇰🇷

Comments

Popular posts from this blog

Luahan Hati Wartawan TV3 Mohd Izwan Azir

AES Malaysia vs Korea

Trafik di Jakarta